Aplikasi Beetalk

Assalammualaikum..


Hei korang..
Korang semua tahu kan sekarang ni dah banyak aplikasi android yang boleh buat kite berhubung bile2 mase and kat mane2 je kan. Then sekarang dah bertambah pulak lagi satu lagi aplikasi. Nama aplikasi tu Beetalk.. bukan kakaotalk, but Beetalk. Rasenye tak semua orang yang dah tahu kot??

Ryn bukannye nak promote or paksa korang join buat account Beetalk. But Ryn nak share kat korang beberapa info pasal aplikasi Beetalk ni. Ryn dapat tahu ni pon dari kawan Ryn sendiri. So nak share dengan korang la ye. Nah baca laa..
1.Beetalk dibuat oleh Johnsen Kawair. Johnsen Kawair ialah orang yang mempercayai lebah sebagai tuhannye. Name kepercayaan tersebut dikenali beegod iaitu tuhanlebah. Johnsen Kawair ialah salah seorang orang besar daripada rejim Israel. Beliau mengambil masa 2 tahun untuk membuat Beetalk. Beliau juga telah membuat perjanjian dengan seorang jutawan daripada Qatar. Ahli jutawan Qatar tersebut telah berjanji akan membayar 1 dolar untuk 1 account yang telah dibuat di Beetalk dengan satu syarat iaitu Johnsen Kawair haruslah memberi 50% kepada tentera Israel bagi memantapkan lagi tenteranya. Cubalah anda fikir dah berapa ribu orang yang telah membuat account Beetalk. Kesian Saudara seislam Kita di Palestin. Menderita disebabkan kite. 
2. Kepada pengguna telephone pintar. Jangan sesekali add App Beetalk kerana setiap bulan kredit anda akan diambil sebanyak RM10. Jika anda tidak mempunyai kredit, ianya akan mengambil kredit anda sewaktu anda menambah nilai kredit. Beetalk tu software Russia. Mohon hati-hati. Kalau register ID guna simcard dari IC korang, then korang ada buat Bank account mohon pergi check. Jangan main-main dengan kebolehan Russia.
Ryn tak tau la betul ke tak ye. Terserah korang la kalau nak percaye ke tak okay.

Bye ^_^

Novel For Me, Thanks For You

Assalammualaikum..


Hee :)
See! Hari ni mood Ryn banyak baik oo.. Senyum pon hampir ke telinga lagi tu hehe.. Kalau korang nak tahu apa sebabnya? Korang baca kat bawah ni.. ye kat bawah ni..


Yeahhh! yesyes!! Akhirnya ade jugak orang yang nak hadiahkan Ryn novel.. nak kata birthday lambat lagi.. tapi takpa laa dah orang nak bagi terima je la.. kan? Ryn dapat novel ni daripada someone. 

Dia siapa kepada Ryn?? Korang nak tahu je ke or nak tahu sangat? Haa kalau korang nak tahu sangat siapa orangnya.. special ke tak dia?? korang kena baca entri ni sampai.. err sampai ape ye?? Eh entah laa.. senang cerite korang bace je laa ye??

So sekarang Ryn nak story sikit la kat korang.
Pada mulanya, Ryn saje je update status kat facebook.. yang berbunyi..

" Hope ada la someone yang bagi aku hadiah novel. bosan.. "

Then bila ABANG Ryn balik sini. Yes ABANG! (Dari tempat study dia). Esoknye kami sefamily pergi jenjalan kat pasaraya terdekat sini. Masa dalam perjalanan nak keluar daripada pasaraya tu. Ryn ada lerr cakap.. "Takde ke jual novel dekat sini? nak beli laa.." 

Haritu pergi ade nampak jual dalam pasaraya tu. Bila Ryn pergi kali ni takda pulak. *Ryn taktau ada ke tak kedai buku kat luar pasaraya tu, sebabnya Ryn tak pernah Pulak check semua kedai yang ada dalam mall tu. So tak tau.. 

Petang tu pulak abang Ryn keluar dengan kawan dia. Tempat tu agak jauh jugak la dari tempat kediaman Ryn. Then beberape jam kemudian tu.. abang Ryn call Ryn. Dia tanyalah pada Ryn cenggini..

Abang: Adik nak beli novel tak?

*Masa tu.. Ryn kaku buat seketike sebab terkejut dengan kate2 yang baru saje keluar dari fon Ryn. Betul ke ni??. Then bila dah sedar.. Ryn pon balas..

Ryn: Nak nak nakkkk!! sebnyak 3 kali berturut2 tau.
Abang: Nak novel ape?
Ryn: Err.. tak tahu laa.. taktau taktau (Blurr)
Abang: Haa.. Pergi search cepat.. nanti call abang balik.
Ryn: Okay.. okay

Ryn cepatcepat search.. then jumpa satu site ni. Korang boleh tengok kat SINI atau kat SINI okay. Then Ryn terus cari manamana novel yang Ryn suka.. tapi Ryn buntu! Ryn tak tahu nak pilih novel yang mana satu. Sebab banyak sangat.. so Ryn pilih je novel yang tajuk dia 'Cintaku Tertinggal Di Korea' tanpa melengah.. Ryn call abang Ryn.

Ryn: Hello. err adik nak novel tajuk dia 'Cintaku Tertinggal Di Korea' ade??
Abang: Aaaa.. takde la dik.. takde stok.. lainlain?
Ryn: Alaa.. hmm tak tahu la nak novel yang mane.. takpe la beli je novel ape pon yang pasti
         tema cinta ye?
Abang: Novel yang drama dalam TV tu nak takk? (Refer kepada drama Bukan Kerana Aku
             Tak Cinta)
Ryn: Alaa.. tak nak la. Hmm.. novel ape yang ade kat situ? Cakap kat adik.
Abang: Habis nak novel ape? Novel ape yang adik search tadi?? Cakap novel ape yang adik nak                   beli?
Ryn: Err.. (Fikir) novel Mr.Blind ade tak? Ehh.. taknak taknak.
Abang: Adik cakap je novel ape yang adik nak. Nanti abang cari..
Ryn: Japjap (mencari) Err.. novel Eksperimen Cinta ada tak?
Abang: (mencari) Adeade! Nak yang ni ke??
Ryn: Hmm.. boleh la. Naknak!

So tu la cerita dia bila adik beradik bergayut dalam fon. Panjang lebarr..
Happy? Giler tak happy orang bagi someting! Of course happy! Suka sangat!! Rasa macan di sayangi. Siapa je orang yang tak suka kalau di kasi hadiah kan? free macam tu jee kan..  

"Ryn suka baca novel. Hari2 Ryn baca novel." hehe takda la tiap hari.. tengok mood kalau rasa nak baca.. then baca. Kadang2 bila baca novel ni rasa macam dibawa ke dunia mereka pulak. Maksud Ryn.. Ryn berimaginasi sendiri kononya Ryn berada kat dunia diorang. Yela kan.. bila kita khusyuk sangat baca.. gitu la jadinye. Then ada satu masa tu Ryn akan ketawa.. senyum macam orang gila yang tengah baca novel hehe..

Ohh sampai lupe nak bagi tau.. Tajuk novel tu Esperimen Cinta. See! tajuk dia pon dah buat Ryn tak sabar nak beli and baca. Tapi tak perlu risau lagi.. sebabnye dah ada di depan mata.. tunggu untuk di ratah je.. hee. Untuk pengetahuan korang novel ni tebal. Rasanye ade 70 BAB. Nah tengok la..



Ape2 pon thanks to my lovely brother. Sebab dah belikan adik novel.
Memang tak disangka and rasa bertuah betul. Hehe

Bye ^_^

Favourite Song: Ashiteru 3 - Zivilia

Assalammualaikum..


Hei korang.. 
Kali ni Ryn tak nak banyak cakap..
Ryn cuma nak bagi tahu ni salah satu lagu kesukaan Ryn..
Best tau lagu ni. Memang best!
Hope korang enjoy dengar and nyanyi lagu ni ye..
Ryn ada sertakan lirik sekali dalam entry ni.
Enjoy ya!

Ketika Kau Marah Dan Cemburu
Kau Kelihatan Begitu Cantik
Walau Kadang Mengesalkan
Kau Selalu Bertanya
Dan Penuh Curiga
Ku Tahu Kau
Takut Kehilanganku

Begitupun Aku Maafkan Yang
Selalu Kasar Marah Padamu
Meski Tak lagi Ada Kata
Cinta Terucap
Sekadar Basa-basi
Tapi Hatiku Masih Milikmu
Milikmu..

Cemburu Tanda Cinta
Marah Tandanya Sayang
Kalau Curiga Itu
Karena Ku Takut Kehilangan
Kalau Dekat Bertengkar
Kalau Jauh Ku Rindu
Jadi Serba Salah
Buat Ku Dilema
Tapi Aku Selalu Aishiteru

Mengapa Kau Marah
Tanpa Alasan Yang Jelas
Aku Tak Mengerti
Angkuh Dan Egois
Acuh Tak Acuh Padaku
Seakan Tak Peduli
Padahal Kau Butuh Perhatianku

Begitpun Aku Maafkan
Yang Selalu Kasar Marah Padamu
Meski Tak Lagi Ada Kata
Cinta Terucap
Sekadar Basa-basi
Tapi Hatiku Masih Milikmu
Milikmu..

Cemburu Tanda Cinta
Marah Tandanya Sayang
Kalau Curiga Itu
Karena Ku Takut Kehilangan
Kalau Dekat Bertengkar
Kalau Jauh Ku Rindu
Jadi Serba Salah
Buat Ku Delima
Tapi Aku Selalu Ai Aishiteru

(Japanese)

Cemburu Tanda Cinta
Marah Tandanya Sayang
Kalau Curiga Itu
Karena Ku Takut Kehilangan
Kalau Dekat Bertengkar
Kalau Jauh Ku Rindu
Jadi Serba Salah
Buat Dilema
Tapi Aku Selalu Ai Aishiteru
Selalu Ai Aishiteru

Bye and thanks ^_^

Selamat Hari Pekerja/Buruh

Assalammualaikum..


Okay, ni entry Ryn yang kedua kalinya. So perasaan nebes tu masih betapa dalam hati Ryn ni tau. Tapi takpe Ryn cuba biasakan diri untuk bicara kat depan korang. yeahh keh3. Kalau ada sesiapa yang dah baca blog Ryn, Ryn ucapkan ribuan terima kasihh kat korang sebab sudii jejak blog Ryn yang tak seberapa ni. Ryn jugak nak ucapkan Selamat Hari Pekerja/Buruh dan Selamat bercuti!!

Pertame sekali Ryn nak tanye korang la kan. Apa dia definisi Hari Pekerja ni yang sebenar2nya?? Mesti ade yang tak tau definisi Hari Pekerja ni kan? Haa tu la.. apa korang ingat Hari Pekerja tu on fon on fon je kee?? tak lahh.. Bagi Ryn lah kan Hari pekerja ni mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan tau, lebih kurang macam Hari Keluarga jugak lahh kann.. ye la sekarang ni orang tau kerjakerjankerja je. Jarang nak luangkan masa dengan family. And salah satunya juga nak bagi semua pekerja rest puas2.. betul tak? kankan?? Dalam pade tu Ryn nak cerita sikit la apa yang Ryn buat hari nii, kemane Ryn pergi.. okay.

Awal pagi tadi lepas je sarapan Ryn and family keluar shopping cari baju raya. Yup baju rayaa. Ape?? awal sangat ke? takde la mane ade awal. Just nak cepat je senanya. Yela Ryn bukan beli baju siap, so kena tempah dulu la kan.. Kalau tempah ni kena cepat2 mane boleh lambat. Kalau lambat tak raya la jawabnye hee.

Then sampai je kat mall tu terus tuju ke gedung Pakaian. Masa tu orang tak ramai lagi. Masih lengang.. so wat lek wat peace la pilih mana2 baju yang Ryn suka. Then setelah beberape jam kami sefamily dalam gedung pakaian, selesai la pilih mana yang kami berkenan. Tinggal nak bayar je lagi. Masa mama Ryn tengah bayar kat kaunter. Ryn tengok orang ramai berpusu2 masuk dalam gedung kain tu tau. Jangan tanya sesak ke tidak. Memang sesak laa kan.. Bila dah masuk dalam kereta. Tiba2 terfikir, nasib baik la pergi awal2 pagi lagi. Kalau tak memang susah la nak  pilih pakaian. lagi pon mana taknya ramai orang.. cuti awam lah katakan. Huhuhu

Tapi best jugak kan dapat cuti freefree je dari kerajaan. Thank you kerajaan bagi cuti free!?? Yang paling best sebab dapat shopping!! Hehee. Semua family ada plan tersendiri, macam 2 orang kawan Ryn ni.. Family diorang plan pergi bercuti tau, mandi manda, shopping lagi tu tau.. Huh! Jelesnya!! *Mucung

Bye and thanks ^_^