Hadiah Hari Raya Untuk Followers Blog Gadis Simple

Assalammualaikum..

Heheh tengok je tajuk 'hadiah hari raya' terus korang rasa berkoba-koba je nak terjah kan? tahu dahh hahah
Okay, kat sini ryna nak bagi korang hadiah freefree je dari ryna. So korang anggap je la ni hadiah atau apalah dari ryna buat korang musim raya ni ye. Kalau nak hadiahkan korang sesuatu, minta maaf la yee memang tak mampu.. Duit poket pon masih mama yang bagi, heheh

So sekarang mesti korang tertanya-tanya, hadiah mende yang ryna nak bagi ni?
Kereta sebijik ke? atau Rumah? ohh! ataupunn.. tiket percutian sepanjang musim raya? hahah
Tak mungkin! tak mungkin! lagipon korang nak bercuti kenapa?
Orang ramai sibuk nak raya korang nak bercuti pulakk nohh? ish ishhh.. tak boleh2
Okay, untuk buat korang tak tertanya-tanya dan kebingungan pikir apa yang ryna nak bagi,
ryna akan bagi tau.. NOW!!

Haa, dengar baik2 apa yang ryna nak cakap ni eah? Macam ni.. macam yang ryna cakapkan tadi, ryna memang tak mampulah nak bagi korang sebijik rumah ataupun kerata. So ryna dapat idea yang agak bernas jugokk la kott? Ryna akan hadiahkan atau dalam kata lain tolong kelikkan korang punya iklan atau apa2lah yang boleh diklik dan mendatangkan income buat korang. Tapi, cuma sekali je la.. Untuk lebih detail lagi ryna jelaskanlah okay? harap tak pening la baca entry pepanjang macam ni erkk? hahah

Okay, untuk pengguna iklan nuffnang macam ryna ni, dia ade iklan atas, tepi and bawah rite?
Haa, jadi ryn akan kelik ketiga3 iklan nuffnang yang ade kat blog korang tuu.
Dann.. kalau ada iklan2 yang bukan nuffnang pon ryna akan kelikkan jugak yee? Jangan risauu
Ryna akan buat semua tu dalam sehari sahaje, bukan sepanjang hari ye.. perhatikan baik2.

Dan jugak, yup ade lagi.. suka tak? suka tak? heheh. Kalau ada follower ryna yang bergelar churper,
korang ade kan promote2 link untuk suruh orang klik tu kan?
ada tak?? Haa, link tu korang boleh kasi kat ryna okay? ryna akan klik! klik! klik! n klik!
Ni pon sama jugak, ryna akan buat dalam masa sehari saje, dan cume klik sekali dalam satu campaign tu.
Berapa link yang ryna nak? Korang boleh bagi sebanyak 3 link okay?

Lagi satuu.. blogwalking! tu pulak bergantung kepada mood ryna atau kemahuan ryna sendiri, nak tambah page view korang lebih daripada 1x ataupun lebih yee.. kehkehkeh

Ohh ye, untuk tidak mengelirukan korang, korang dan korang semua yang dah baca entry ni, minta ampun minta maaf ye.. ini semua cume untuk 14 Followers (now) ryna sahaja.

Macam mana boleh terdetik nak bagi somthing kat followers?

Haa, korang ade ter.. detik atau ter.. pikir ataupun terkata.. seperti ayat kat atas tu takk?
Mehh sini ryna nak habaq mai nohh.. heheh. Sebenarnya banyak sebab ryna buat macam tu, sebab apa? sebab.. sebagai tande terime kasih kat follower ryna sebab sudi follow blog ryna yang tak seberapa and tak berapa nak hot gitu kann? Dan dan dannn.. sebab yang kedua pulak, sebab dah nak raya!! hahah
Logik kann? logik kannn? Dah nak rayooo, den sajo la nak sedokah kasi orang senyum happy2 musim rayo nihh ye tak? heheh. Haa, tu je lah sebab2nye.. banyak kan? hee

Aikk? dua tu jee? cakap banyak tadi..
Aipp! lebih daripada satu sebab, boleh dikatakan banyak la tu kan kan?
Dan jangan la pulak korang marah dekat ryna kalau income tak masuk ke ape ye.. sebabnya ryna buat sebetul-betulnye dan sejujur-jujurnye.. Ehh sebelum terlupa, ryna nak cakap.. ryna akan klik atau blogwalk tu semua bile2 mase saje. Maksudnye, esok ataupun esok lagii.. yang pastii sebelum rayaaa.

Ryna nak cakap sikit pasal iklan nuffnang ni, iklan nuffnang yang churp2 tu rasanya tak buat income,  dan kalau iklan nuffnang yang promote blogger femes tak pasti la pulak. Dan yang iklan selain daripada semua tadi tulah yang mendatangkan income pada korang. Rasanya macam tu la kott? heheh
den ni pon masih baru, ajet2 tahu je.. hahah. So nasiblah yee..

Okay, jelas semuaa? baguss! tu je nak cakap.. dah lewat sungguh dah nihh
Bye^^ assalammualaikum and goooood night!


Wordless Wednesday - Sometimes

Assalammualaikum..


Sumber - google/baizooka.tumblr.com


Bye ^_^

Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk *TAMAT

Assalammualaikum..

Simple 3R Giveaway By Iezwa Razk

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

HADIAH-HADIAH AWESOME :-
TOPUP RM 5 - 6 PEMENANG
TOPUP RM 10 - 2 PEMENANG
PASHMINA - 3 PEMENANG
**Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan melebihi 100 peserta**

Tarikh Tamat :- 01.08.2014


Bye ^_^

Giveaway Ramadhan Syawal By Jaja Sutera

Assalammualaikum..

Klik banner untuk join


Follow Blog - Jaja Sutera
Follow Instagram - @Jaja_Sutera, @suteraonlineshoppe, @fingers_art, @fiveten_pictures
Like Page FB - Jaja Sutera, Sutera Online Shoppe


Bye ^_^

Senarai Nama Peserta Segmen Kad Raya By Syeeda Saniey

Assalammualaikum..


Nampak tak gambar kat atas tuu? So, kat sini ryn nak bagi tau..
senarai nama peserta dari segmen kad raya by syeeda saniey dah keluar. Siapa-siapa yang dah join atau yang tak join segmen pon boleh cepat2 pergi tengok nohh. Dan siapa yang rajin nak blogwalking tu boleh lah korang terjah and follow mana-mana blog yang korang rasa best and gempak okay.
Anddddd.. see! nama ryn pon ade kat situ.. ade la pulak kan.. dah ryn join segmen tuu, ha ha ha..
Oh ye, korang boleh tengok senarai nama peserta tu kat SINI atau SINI .
Siapa-siapa pun yang jadi pemenang, tahniah ye!!

Okaylah tu je nak cakap, bye take care and selamat bertarawih..

Bye ^_^

Viral Peugeot CDM25 And Uncle Sim

Assalammualaikum..

Salam ramadhan semua.
Okay, kat sini semua orang dah tau kan tentang video atau berita tentang kakak yang berbangsa melayu and uncle yang berbangsa cina tu kan? Satu dunia dah tahu kot pasal ni semua? So, bermacam pendapat dan komen yang dapat kite lihat daripada masyarakat. Ade yang marah, ade yang rasa ouchh! sakit hati, dan pelbagai jenis emosi la kann.. Sampai dah trending kat twitter, antaranya CDM25 and uncle sim.

Jadi kat sini ryn nak bagi pendapat ryn sendiri tentang viral ni.. Pendapat ryn sama je dengan pendapat orang ramai semua. Yang akan menganggap bahawa kakak yang berbangsa melayu tu yang bersalah atas permasalahan ni semua. Kalau kakak tu tak ikut sangat emosi dia tu confirm boleh settle dengan baik semua ni, and takkan jadi viral satu dunia macam sekarang ni, betul tak?

Dari mana Ryn tahu pasal ni semua? ryn dapat tahu semua ni dari laman facebook, entah dari siapa ryn tak perasan. Ape yang ryn nampak dari status tu adalah gambar komen daripada anak lelaki kepada uncle yang berbangsa cina tu. Then, ryn terus je bukak youtube dan cari 'CDM 25'. Adela 2, 3 buah video yang timbul. Semua video tu ryn tengok.. ulang punya ulang video tu banyak kali, sebabnya tak berapa nak jelas apa yang diperkatakan. Dah berapa kali ulang, baru la ryn dengar and faham apa yang berlaku sebenarnya. Tapi masa kejadian tu berlaku, tuhan saje yang tahu apa yang dirasakan oleh uncle tu bila diperlakukan sampai macam tu sekali. Dan sekarang ni dah ramai yang upload video yang berkaitan dengan CDM25 ni.

Dan malam ni pula, ryn tengok keadaan dah sedikit reda, uncle tu pon dah memaafkan kakak bangsa melayu tu. Harap hal ni tak berpanjangan. Ramai yang respect sekali dengan uncle yang berbangsa cina tu.
Walau macam mane pon uncle tu tak minta ganti rugi apepon daripada kakak peugeot tu.
Hope kakak tu sedar, and ni pengajaran untuk kite semua okay.. Hormat orang yang lebih dewasa/tua daripada kita. Takkan tak ada rasa kasihan bile tengok orang tua macam tu? Kesian okay kesian.

Antara perkara yang patot kakak tu pertimbangkan:
1. Uncle tu warga emas
2. Uncle tu dah minta maaf dan mengatakan bahawa dia tidak sengaja.
3. Sabar di bulan ramadhan yang mulia ni
4. Kakak tu berbangsa melayu dan beragama islam
5. Kakak tu berhijab dan muda daripada uncle tu.

Kalaulah kakak peugeot pikir semua tu, tak ke die dapat kawal emosi dia masa tu?
Okay tu je pendapat ryn tentang viral ni. sekian

Wordless Wednesday - Kawan

Assalammualaikum..

sumber pic - facebook


Bye ^_^

Segmen Kad Raya *TAMAT

Assalammualaikum..

Salam Ramadhan..
Segmen kad raya laaaggggiii.. kali ni dari Syeeda saniey. 


Klik banner untuk join okay!

Bye ^_^

Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah *TAMAT

Assalammualaikum..



Pada zaman era moden ini, amalan kirim-mengirim kad raya tidak dilupakan. Walaupun zaman sekarang orang ramai lebih gemar mengirim balas ucapan Hari Raya menggunaan pesanan ringkas SMS, WhatsApp dan sebagainya, kad raya masih antara yang the best. Hehe

Oleh itu, satu Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah diadakan. Bermula hari ini 13hb July dan berakhir pada 20hb July jam 12 tengah hari. Sesiapa yang nak kad raya, dijemput untuk sertai.

Syarat-syarat:
1. Follow blog Bila Jari Mula Menaip, add to circle G+ EkaTikah.
2. KLIK   .
3. Buat entri bertajuk Segmen: Saya Nak Kad Raya Daripada Ekatikah.
4. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Credit to MiaLiana.Com

5. Tinggalkan URL entri di ruangan komen entri ini.

Pilihan Pemenang:
1. 20 orang pemenang akan dipilih menggunakan Ramdom.org.
2. Pemenang akan diumumkan sama tarikh tamat penyertaan.

 Selamat menjoinkan diri  


Bye ^_^

Giveaway Wow Hari Raya By Siti Yang Menaip *TAMAT

Assalammualaikum..



Klik banner untuk join Giveaway


Bye ^_^

Ramadhan Giveaway By Miss Cadburry

Assalammualaikum..


Klik SINI untuk join

Hadiah : 

First place [ random ]
Novel RM50x2

Second place [ random ]
Novelx1

Random.org
Novelx2++

Follow Blog - Miss Cadburry
Follow Blog - Anies
Follow Instagram - allisfarhanahl
Tekan Link
Like Fanpage


Bye ^_^

Giveaway Syoknya Ramadhan Datang Lagi 2014 By Tea & Coffee Lover *TAMAT

Assalammualaikum..

Join Giveaway lagii.. kali ni dari Tea & Coffee Lover



Klik banner untuk join dan lihat hadiah-hadiahnya ye korang.

Bye ^_^

Segmen Jom Blogwalk! By Mellya *TAMAT

Assalammualaikum..

Hei korang.. hehe Ryn join segmen lagi lorhhh. Macam best je macam best je..

Assalammualaikum.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Dengan sukacitanya Mellya merasmikan Segmen Blogwalk kecil-kecilan anjuran Mellya sendiri. Hihi harap ramailah yang sudi join. Tambah kenalan, tambah page views sekali ye.


TAMAT 24 JULY 2014.
Syarat penyertaan :

**SYARAT WAJIB**
Create post bertajuk "Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya"

Tinggalkan link penyertaan di entry ini sahaja 

**SYARAT TAK WAJIB** 
Follow Blog dan tekan iklan yang ada

P/S : Terima Kasih daun keladi bagi yang menjayakan Giveaway Mellya dan Iola serta Simple Giveaway Projek Dress Bajet. Tahniah juga buat pemenang :)

Bye ^_^