Novel For Me, Thanks For You

Assalammualaikum..


Hee :)
See! Hari ni mood Ryn banyak baik oo.. Senyum pon hampir ke telinga lagi tu hehe.. Kalau korang nak tahu apa sebabnya? Korang baca kat bawah ni.. ye kat bawah ni..


Yeahhh! yesyes!! Akhirnya ade jugak orang yang nak hadiahkan Ryn novel.. nak kata birthday lambat lagi.. tapi takpa laa dah orang nak bagi terima je la.. kan? Ryn dapat novel ni daripada someone. 

Dia siapa kepada Ryn?? Korang nak tahu je ke or nak tahu sangat? Haa kalau korang nak tahu sangat siapa orangnya.. special ke tak dia?? korang kena baca entri ni sampai.. err sampai ape ye?? Eh entah laa.. senang cerite korang bace je laa ye??

So sekarang Ryn nak story sikit la kat korang.
Pada mulanya, Ryn saje je update status kat facebook.. yang berbunyi..

" Hope ada la someone yang bagi aku hadiah novel. bosan.. "

Then bila ABANG Ryn balik sini. Yes ABANG! (Dari tempat study dia). Esoknye kami sefamily pergi jenjalan kat pasaraya terdekat sini. Masa dalam perjalanan nak keluar daripada pasaraya tu. Ryn ada lerr cakap.. "Takde ke jual novel dekat sini? nak beli laa.." 

Haritu pergi ade nampak jual dalam pasaraya tu. Bila Ryn pergi kali ni takda pulak. *Ryn taktau ada ke tak kedai buku kat luar pasaraya tu, sebabnya Ryn tak pernah Pulak check semua kedai yang ada dalam mall tu. So tak tau.. 

Petang tu pulak abang Ryn keluar dengan kawan dia. Tempat tu agak jauh jugak la dari tempat kediaman Ryn. Then beberape jam kemudian tu.. abang Ryn call Ryn. Dia tanyalah pada Ryn cenggini..

Abang: Adik nak beli novel tak?

*Masa tu.. Ryn kaku buat seketike sebab terkejut dengan kate2 yang baru saje keluar dari fon Ryn. Betul ke ni??. Then bila dah sedar.. Ryn pon balas..

Ryn: Nak nak nakkkk!! sebnyak 3 kali berturut2 tau.
Abang: Nak novel ape?
Ryn: Err.. tak tahu laa.. taktau taktau (Blurr)
Abang: Haa.. Pergi search cepat.. nanti call abang balik.
Ryn: Okay.. okay

Ryn cepatcepat search.. then jumpa satu site ni. Korang boleh tengok kat SINI atau kat SINI okay. Then Ryn terus cari manamana novel yang Ryn suka.. tapi Ryn buntu! Ryn tak tahu nak pilih novel yang mana satu. Sebab banyak sangat.. so Ryn pilih je novel yang tajuk dia 'Cintaku Tertinggal Di Korea' tanpa melengah.. Ryn call abang Ryn.

Ryn: Hello. err adik nak novel tajuk dia 'Cintaku Tertinggal Di Korea' ade??
Abang: Aaaa.. takde la dik.. takde stok.. lainlain?
Ryn: Alaa.. hmm tak tahu la nak novel yang mane.. takpe la beli je novel ape pon yang pasti
         tema cinta ye?
Abang: Novel yang drama dalam TV tu nak takk? (Refer kepada drama Bukan Kerana Aku
             Tak Cinta)
Ryn: Alaa.. tak nak la. Hmm.. novel ape yang ade kat situ? Cakap kat adik.
Abang: Habis nak novel ape? Novel ape yang adik search tadi?? Cakap novel ape yang adik nak                   beli?
Ryn: Err.. (Fikir) novel Mr.Blind ade tak? Ehh.. taknak taknak.
Abang: Adik cakap je novel ape yang adik nak. Nanti abang cari..
Ryn: Japjap (mencari) Err.. novel Eksperimen Cinta ada tak?
Abang: (mencari) Adeade! Nak yang ni ke??
Ryn: Hmm.. boleh la. Naknak!

So tu la cerita dia bila adik beradik bergayut dalam fon. Panjang lebarr..
Happy? Giler tak happy orang bagi someting! Of course happy! Suka sangat!! Rasa macan di sayangi. Siapa je orang yang tak suka kalau di kasi hadiah kan? free macam tu jee kan..  

"Ryn suka baca novel. Hari2 Ryn baca novel." hehe takda la tiap hari.. tengok mood kalau rasa nak baca.. then baca. Kadang2 bila baca novel ni rasa macam dibawa ke dunia mereka pulak. Maksud Ryn.. Ryn berimaginasi sendiri kononya Ryn berada kat dunia diorang. Yela kan.. bila kita khusyuk sangat baca.. gitu la jadinye. Then ada satu masa tu Ryn akan ketawa.. senyum macam orang gila yang tengah baca novel hehe..

Ohh sampai lupe nak bagi tau.. Tajuk novel tu Esperimen Cinta. See! tajuk dia pon dah buat Ryn tak sabar nak beli and baca. Tapi tak perlu risau lagi.. sebabnye dah ada di depan mata.. tunggu untuk di ratah je.. hee. Untuk pengetahuan korang novel ni tebal. Rasanye ade 70 BAB. Nah tengok la..



Ape2 pon thanks to my lovely brother. Sebab dah belikan adik novel.
Memang tak disangka and rasa bertuah betul. Hehe

Bye ^_^

No comments:

Post a Comment