Haishh! Benda Senang Je Tuu! Tak Boleh Buat ke??

Assalammualaikum..


Hei korang.. salam jumaat..
Tengok tu! tengok tuu! tajuk nak gempak jee hahah.
Wahh cuaca malam ni terasa sejuk sampai ke tulang rasanya disebabkan hujan baru kejap tadi.. tapi ada bagusnye jugak, bolehlah idea-idea datang sambil menari2 masuk ke dalam jari Ryn ni kann.. Ye la sejuk-sejuk gini la baru idea boleh datang dengan sepantas kilat.. hehee 

Okay, so hari ni Ryn ada nak cerite apa je yang Ryn buat hari ni. Haa korang nak dengar ke tidakk?? kalau tak nak dengar korang boleh pergi masuk bilik and tidur kay! haha kejam tak?? dah2 jangan nak tacing2 sangat la kann.. Kay2 dah Ryn nak cerita ni.. Sebenarnya sejak kelmarin lagi yang Ryn ada rasaa nak tukar template and semuanyalah yang Ryn nak tukar dalam blog Ryn nii. Nak kasi make-up, comel-comelkan blog Ryn bagi nampak cun, ceria dan mempesonakan (erk?) orang2 bila masukkk.. kankan? So baru la ade orang nak kunjung blog kite ni kan.. huhuu.

Then tanpa berfikir panjang Ryn terus terjahh pak cik google, Ryn tanyalah pak cik google tu ada tak template yang boleh di download free2 camtu jee? Belum habis Ryn cakap lagi.. Pak cik google dengan pantasnya temukan Ryn dengan satu site ni.. Dan mulalah pengembaraan Ryn bersama2 mata yang dari tadinya terbeliak akibat terkejut dan teruja melihat apa yang ada di depan mata tanpa menghiraukan bateri lappy yang semakin low dan akan terpadam beberapa saat saje lagi.. (ape yang aku merepek ni) hahaah tu gurau jee lahh. So bila dah puas jamu mata dengan template tu semua.. ape lagi?? download and save!

Bila selesai, Ryn teruskan operasi make over blog nii.. Ohh tidakkk!! macam mana ni? apa ni? kenapa ni? pelbagai soalan yang keluar daripada mulut Ryn. Ape yang terjadi?? haa kalau korang nak tahu.. sebenarnya Ryn tak tahu dan tak pernah tahu pon macam mana nak masukkan template yang dah kita download ke dalam blog. Gitu la gamaknyee.. arhh memalukan! memalukan betul! huhuu.

So, lagi sekali Ryn pergi jumpa pak cik google tu.. Ryn tanyalah, cara masukkan template ke dalam blog.. lebih kurang macam tu la ayat dia.. Ryn sendiri pon lupa dahh hehee. Then tak lama tu jumpa satu lagi site, dalam tu dia ada tunjuk cara masukkan template yang kita dah download masuk ke dalam blog. So Ryn scroll je atas, bawah, atas, bawah, bawah and bawah lagii..

Then baru la Ryn faham macam mana caranya.. tapi malangnya apabila Ryn cari button follow site dia tak pulak Ryn jumpa! (ayat ape ni?) entah kemana menyoroknye Ryn sendiri tak tau lahh.. tapi takpe tak jadi masalah pon.. Ryn tinggalkan blog tu macam tu je ke? ehh tak! dengar dulu belum habis cakap lagi la, sama macam pak cik google.. suka sangat potong cakap orang.. hahah.

Dan tanda terima kasih Ryn kat blogger site tu, Ryn pon komen la sikit kat entri tu cakap "thanks yaa".. (alahai ciput je) heheh. Jadilah daripada takde kann? Dah tu pulak Ryn sambung balik operasi separuh jalan Ryn tadi tu iaitu nak masukkan template ke dalam blog. Ryn buat ikut apa yang blogger site tu terangkan. Then ape hasilnya? jyeahh!!! berjaya donkk!! Wuhuu teruja betul! rase macam baru menang loteri pulak (tak ada masa nak loteri2 nii) hehehe

But sorry kawan, nampaknya Ryn tak tukar template tapi Ryn tukarr fikiran taknak letak template tu semua.. Sebabnya tak mengikut citarasa kehendak Ryn sendiri lahh.. cube yang ni tak kena, cuba yang ni tak kena! bukannye Ryn nak memilih or overan nak lawakan blog, but ade masalah nak letakkan widget2/iklan2 tu semua dan jugak pasti lambat nak loading blog Ryn nanti tau, ni pon ape kurangnya? lambat jugakk hehehe. So cancel dehh.. dan sebab tu jugaklah Ryn privatekan blog Ryn ni semalam and hari ni kejap.. kejap jee.. jangan marah eaa?? hehehe

Dan ape yang Ryn dah buat semua ni bukan sia-sia lagi tau, sebabnya Ryn dapat tambahkan ilmu berblogging ni kann? Sekurang2nya Ryn dah tahu ape yang Ryn tak tau tuu kan? So ade sesuatu yang tak baik dan sesuatu yang baik, jadi? nak gembira ke sedih nii? hahah. Ehh korang patot gembira kay.. Sebabnya nanti Ryn akan buat entri cara masukkan download template ke dalam blog kay?? hehehe
Okay baiklah sekian untuk hari ni dan malam nii.. Good Night yaa!!

Bye ^_^

No comments:

Post a Comment