Mudah! Cara Masukkan Download Template Dalam Blog

Assalammualaikum..

Hei korang, Okay semalam Ryn ade cakap nak share kat korang cara masukkan template yang korang dah download tu masuk ke dalam blog kan? tapi sebelum tu Ryn nak cakap awal2 dulu la ye.. Ryn buat entri ni bukannya nak berlagak bagi tips/cara ke ape, but Ryn cuma nak share je kat korang ape yang Ryn dah tahu dalam dunia berblogging ni kay.. Yela kan.. mana tau ada blogger-blogger yang baru dan masih tak tahu nak masukkan template ke dalam blog diorang, sama jugak macam Ryn nii lah betul tak?.. So sekarang ni Ryn akan tunjukkan caranya kat korang heh?

1. Sign in blog korang dulu (Ryn guna GOOGLE tau)
2. Template > klik Backup/Restore
3. Choose > Fail xml > Upload > Close > Done!

2. Tak tau kat mana nak cari button 'Backup/Restore'? tengok picture kat bawah ni.. dekat belah atas sekali then belah kanan korang. Haa kat situ!


3. Rujuk picture kat bawah ni pulak yee. Fail xml tu pulak template yang korang dah download tu lahh okay.


Mudah je kan?? Selamat mencuba yaa!!

Bye ^_^

Kemunculan Imam Muda Asyraf Dalam Teater 'Projek Kahwin'??

Assalammualaikum..

Hei semua.. salam sabtu..
Ryn nak cakap sikit jee ni.. Juz nak bagi tau tentang..


Title: Teater 'Projek Kahwin'.
Tarikh: 6 Jun - 14 Jun 2014.
Tempat: Panggung Sari, Istana budaya.
Pelakon: Izzue Islam, Shah Iskandar, Kaka Azraff, Kilafairy, Imam Muda Asyraf dan ramai lagi.

Haa yang specialnya tuu sebab kemunculan Imam Muda Asyraf dalam Teater tersebut. Dengan bersekempatan ini, Imam muda asyraf dapat meluaskan dakwahnya, kata Imam Muda Asyraf di HLIVE.

Sumber: HLIVE

Bye ^_^

Haishh! Benda Senang Je Tuu! Tak Boleh Buat ke??

Assalammualaikum..


Hei korang.. salam jumaat..
Tengok tu! tengok tuu! tajuk nak gempak jee hahah.
Wahh cuaca malam ni terasa sejuk sampai ke tulang rasanya disebabkan hujan baru kejap tadi.. tapi ada bagusnye jugak, bolehlah idea-idea datang sambil menari2 masuk ke dalam jari Ryn ni kann.. Ye la sejuk-sejuk gini la baru idea boleh datang dengan sepantas kilat.. hehee 

Okay, so hari ni Ryn ada nak cerite apa je yang Ryn buat hari ni. Haa korang nak dengar ke tidakk?? kalau tak nak dengar korang boleh pergi masuk bilik and tidur kay! haha kejam tak?? dah2 jangan nak tacing2 sangat la kann.. Kay2 dah Ryn nak cerita ni.. Sebenarnya sejak kelmarin lagi yang Ryn ada rasaa nak tukar template and semuanyalah yang Ryn nak tukar dalam blog Ryn nii. Nak kasi make-up, comel-comelkan blog Ryn bagi nampak cun, ceria dan mempesonakan (erk?) orang2 bila masukkk.. kankan? So baru la ade orang nak kunjung blog kite ni kan.. huhuu.

Then tanpa berfikir panjang Ryn terus terjahh pak cik google, Ryn tanyalah pak cik google tu ada tak template yang boleh di download free2 camtu jee? Belum habis Ryn cakap lagi.. Pak cik google dengan pantasnya temukan Ryn dengan satu site ni.. Dan mulalah pengembaraan Ryn bersama2 mata yang dari tadinya terbeliak akibat terkejut dan teruja melihat apa yang ada di depan mata tanpa menghiraukan bateri lappy yang semakin low dan akan terpadam beberapa saat saje lagi.. (ape yang aku merepek ni) hahaah tu gurau jee lahh. So bila dah puas jamu mata dengan template tu semua.. ape lagi?? download and save!

Bila selesai, Ryn teruskan operasi make over blog nii.. Ohh tidakkk!! macam mana ni? apa ni? kenapa ni? pelbagai soalan yang keluar daripada mulut Ryn. Ape yang terjadi?? haa kalau korang nak tahu.. sebenarnya Ryn tak tahu dan tak pernah tahu pon macam mana nak masukkan template yang dah kita download ke dalam blog. Gitu la gamaknyee.. arhh memalukan! memalukan betul! huhuu.

So, lagi sekali Ryn pergi jumpa pak cik google tu.. Ryn tanyalah, cara masukkan template ke dalam blog.. lebih kurang macam tu la ayat dia.. Ryn sendiri pon lupa dahh hehee. Then tak lama tu jumpa satu lagi site, dalam tu dia ada tunjuk cara masukkan template yang kita dah download masuk ke dalam blog. So Ryn scroll je atas, bawah, atas, bawah, bawah and bawah lagii..

Then baru la Ryn faham macam mana caranya.. tapi malangnya apabila Ryn cari button follow site dia tak pulak Ryn jumpa! (ayat ape ni?) entah kemana menyoroknye Ryn sendiri tak tau lahh.. tapi takpe tak jadi masalah pon.. Ryn tinggalkan blog tu macam tu je ke? ehh tak! dengar dulu belum habis cakap lagi la, sama macam pak cik google.. suka sangat potong cakap orang.. hahah.

Dan tanda terima kasih Ryn kat blogger site tu, Ryn pon komen la sikit kat entri tu cakap "thanks yaa".. (alahai ciput je) heheh. Jadilah daripada takde kann? Dah tu pulak Ryn sambung balik operasi separuh jalan Ryn tadi tu iaitu nak masukkan template ke dalam blog. Ryn buat ikut apa yang blogger site tu terangkan. Then ape hasilnya? jyeahh!!! berjaya donkk!! Wuhuu teruja betul! rase macam baru menang loteri pulak (tak ada masa nak loteri2 nii) hehehe

But sorry kawan, nampaknya Ryn tak tukar template tapi Ryn tukarr fikiran taknak letak template tu semua.. Sebabnya tak mengikut citarasa kehendak Ryn sendiri lahh.. cube yang ni tak kena, cuba yang ni tak kena! bukannye Ryn nak memilih or overan nak lawakan blog, but ade masalah nak letakkan widget2/iklan2 tu semua dan jugak pasti lambat nak loading blog Ryn nanti tau, ni pon ape kurangnya? lambat jugakk hehehe. So cancel dehh.. dan sebab tu jugaklah Ryn privatekan blog Ryn ni semalam and hari ni kejap.. kejap jee.. jangan marah eaa?? hehehe

Dan ape yang Ryn dah buat semua ni bukan sia-sia lagi tau, sebabnya Ryn dapat tambahkan ilmu berblogging ni kann? Sekurang2nya Ryn dah tahu ape yang Ryn tak tau tuu kan? So ade sesuatu yang tak baik dan sesuatu yang baik, jadi? nak gembira ke sedih nii? hahah. Ehh korang patot gembira kay.. Sebabnya nanti Ryn akan buat entri cara masukkan download template ke dalam blog kay?? hehehe
Okay baiklah sekian untuk hari ni dan malam nii.. Good Night yaa!!

Bye ^_^

Drama Korea Cheongdam-dong Alice

Assalammualaikum..


Hei korang..
Wahh lama jugak Ryn tak update blog ni eaa?? hehehe kalau nak update blog kena la ade mood dulu, baru idea boleh marii kann? hahaa.. So korang semua ape khabar?? Ryn harap korang semua sihat and happy selalu kay..

Okay, kali ni Ryn akan cerita pasal Drama Korea yang terbaru, fresh lagi tu.. yang sedang bersiaran di kaca TV sekarang ni. Drama Korea tersebut bertajuk 'Cheongdam-dong Alice'. Jalan cerita drama ni best jugaklahh. Korang2 yang muda remaja, memang patot layan drama nii.. sebab ape tau?? sebab aktor and aktres dalam drama ni macam remaja je Ryn tengok.. hehee

Dan sebab2 kenapa Ryn jugak layan drama ni.. sebab adanya aktor Korea yang Ryn pernah tengok die berlakon dalam drama Korea yang berjudul 'Wonderfull Mama'. Haa korang dah tau kan siape? tak tahu lagi?? okay, aktor tersebut bernama KIM JI SUK yang membawa watak sebagai KO YOUNG SOO iaitu salah seorang daripada tiga orang anak kepada YOON BOK HEE, yang dikenali sebagai wanita naga atau lintah darat yang berjaya serta tegas terhadap anak2nya dalam drama korea 'wonderfull mama'. So lebih kurang macam tu la sebabnye.. hehee, rasa rindu pulak nak tengok drama wonderfull mama.. huhu

Drama ni dalam satu masa akan ade aksi2 romantik serta kelakar kay.. oh satu lagi drama ni cuma ade 16 episode jee, so rugi la kalau korang semua tak tengokkk.. masuk hari ni Ryn dah tengok episode yang ke-5. Hehehe, sorry.. lambat sikit buat entri nii.. heee












Pelakon/Watak
1. PARK SHOO as CHA SEUNG JO
2. MOON GEUN YOUNG as HAN SE KYUNG
3. KIM JI SUK as TOMMY HONG
4. SO E HYUN as SEO YOON JOO

Cheongdamdong Alice Soundtrack
1. It's Okay
2. Daddy Long Legs
3. Park Shi Hoo - Love Like This
4. Moon Sung Nam - Blue Moon
5. Lee Kyung Sik
6. Every Single Day
7. It Must Be Love
8. Every Body Loves Me

AIRTIME
Setiap ISNIN - JUMAAT. Jam 6.30pm - 7.45pm. Di SBS ONE (HD) saluran 393.

Bye ^_^