Hadiah Hari Raya Untuk Followers Blog Gadis Simple

Assalammualaikum..

Heheh tengok je tajuk 'hadiah hari raya' terus korang rasa berkoba-koba je nak terjah kan? tahu dahh hahah
Okay, kat sini ryna nak bagi korang hadiah freefree je dari ryna. So korang anggap je la ni hadiah atau apalah dari ryna buat korang musim raya ni ye. Kalau nak hadiahkan korang sesuatu, minta maaf la yee memang tak mampu.. Duit poket pon masih mama yang bagi, heheh

So sekarang mesti korang tertanya-tanya, hadiah mende yang ryna nak bagi ni?
Kereta sebijik ke? atau Rumah? ohh! ataupunn.. tiket percutian sepanjang musim raya? hahah
Tak mungkin! tak mungkin! lagipon korang nak bercuti kenapa?
Orang ramai sibuk nak raya korang nak bercuti pulakk nohh? ish ishhh.. tak boleh2
Okay, untuk buat korang tak tertanya-tanya dan kebingungan pikir apa yang ryna nak bagi,
ryna akan bagi tau.. NOW!!

Haa, dengar baik2 apa yang ryna nak cakap ni eah? Macam ni.. macam yang ryna cakapkan tadi, ryna memang tak mampulah nak bagi korang sebijik rumah ataupun kerata. So ryna dapat idea yang agak bernas jugokk la kott? Ryna akan hadiahkan atau dalam kata lain tolong kelikkan korang punya iklan atau apa2lah yang boleh diklik dan mendatangkan income buat korang. Tapi, cuma sekali je la.. Untuk lebih detail lagi ryna jelaskanlah okay? harap tak pening la baca entry pepanjang macam ni erkk? hahah

Okay, untuk pengguna iklan nuffnang macam ryna ni, dia ade iklan atas, tepi and bawah rite?
Haa, jadi ryn akan kelik ketiga3 iklan nuffnang yang ade kat blog korang tuu.
Dann.. kalau ada iklan2 yang bukan nuffnang pon ryna akan kelikkan jugak yee? Jangan risauu
Ryna akan buat semua tu dalam sehari sahaje, bukan sepanjang hari ye.. perhatikan baik2.

Dan jugak, yup ade lagi.. suka tak? suka tak? heheh. Kalau ada follower ryna yang bergelar churper,
korang ade kan promote2 link untuk suruh orang klik tu kan?
ada tak?? Haa, link tu korang boleh kasi kat ryna okay? ryna akan klik! klik! klik! n klik!
Ni pon sama jugak, ryna akan buat dalam masa sehari saje, dan cume klik sekali dalam satu campaign tu.
Berapa link yang ryna nak? Korang boleh bagi sebanyak 3 link okay?

Lagi satuu.. blogwalking! tu pulak bergantung kepada mood ryna atau kemahuan ryna sendiri, nak tambah page view korang lebih daripada 1x ataupun lebih yee.. kehkehkeh

Ohh ye, untuk tidak mengelirukan korang, korang dan korang semua yang dah baca entry ni, minta ampun minta maaf ye.. ini semua cume untuk 14 Followers (now) ryna sahaja.

Macam mana boleh terdetik nak bagi somthing kat followers?

Haa, korang ade ter.. detik atau ter.. pikir ataupun terkata.. seperti ayat kat atas tu takk?
Mehh sini ryna nak habaq mai nohh.. heheh. Sebenarnya banyak sebab ryna buat macam tu, sebab apa? sebab.. sebagai tande terime kasih kat follower ryna sebab sudi follow blog ryna yang tak seberapa and tak berapa nak hot gitu kann? Dan dan dannn.. sebab yang kedua pulak, sebab dah nak raya!! hahah
Logik kann? logik kannn? Dah nak rayooo, den sajo la nak sedokah kasi orang senyum happy2 musim rayo nihh ye tak? heheh. Haa, tu je lah sebab2nye.. banyak kan? hee

Aikk? dua tu jee? cakap banyak tadi..
Aipp! lebih daripada satu sebab, boleh dikatakan banyak la tu kan kan?
Dan jangan la pulak korang marah dekat ryna kalau income tak masuk ke ape ye.. sebabnya ryna buat sebetul-betulnye dan sejujur-jujurnye.. Ehh sebelum terlupa, ryna nak cakap.. ryna akan klik atau blogwalk tu semua bile2 mase saje. Maksudnye, esok ataupun esok lagii.. yang pastii sebelum rayaaa.

Ryna nak cakap sikit pasal iklan nuffnang ni, iklan nuffnang yang churp2 tu rasanya tak buat income,  dan kalau iklan nuffnang yang promote blogger femes tak pasti la pulak. Dan yang iklan selain daripada semua tadi tulah yang mendatangkan income pada korang. Rasanya macam tu la kott? heheh
den ni pon masih baru, ajet2 tahu je.. hahah. So nasiblah yee..

Okay, jelas semuaa? baguss! tu je nak cakap.. dah lewat sungguh dah nihh
Bye^^ assalammualaikum and goooood night!


2 comments: