Salam ramadhan semua.
Okay, kat sini semua orang dah tau kan tentang video atau berita tentang kakak yang berbangsa melayu and uncle yang berbangsa cina tu kan? Satu dunia dah tahu kot pasal ni semua? So, bermacam pendapat dan komen yang dapat kite lihat daripada masyarakat. Ade yang marah, ade yang rasa ouchh! sakit hati, dan pelbagai jenis emosi la kann.. Sampai dah trending kat twitter, antaranya CDM25 and uncle sim.
Jadi kat sini ryn nak bagi pendapat ryn sendiri tentang viral ni.. Pendapat ryn sama je dengan pendapat orang ramai semua. Yang akan menganggap bahawa kakak yang berbangsa melayu tu yang bersalah atas permasalahan ni semua. Kalau kakak tu tak ikut sangat emosi dia tu confirm boleh settle dengan baik semua ni, and takkan jadi viral satu dunia macam sekarang ni, betul tak?
Dari mana Ryn tahu pasal ni semua? ryn dapat tahu semua ni dari laman facebook, entah dari siapa ryn tak perasan. Ape yang ryn nampak dari status tu adalah gambar komen daripada anak lelaki kepada uncle yang berbangsa cina tu. Then, ryn terus je bukak youtube dan cari 'CDM 25'. Adela 2, 3 buah video yang timbul. Semua video tu ryn tengok.. ulang punya ulang video tu banyak kali, sebabnya tak berapa nak jelas apa yang diperkatakan. Dah berapa kali ulang, baru la ryn dengar and faham apa yang berlaku sebenarnya. Tapi masa kejadian tu berlaku, tuhan saje yang tahu apa yang dirasakan oleh uncle tu bila diperlakukan sampai macam tu sekali. Dan sekarang ni dah ramai yang upload video yang berkaitan dengan CDM25 ni.
Dan malam ni pula, ryn tengok keadaan dah sedikit reda, uncle tu pon dah memaafkan kakak bangsa melayu tu. Harap hal ni tak berpanjangan. Ramai yang respect sekali dengan uncle yang berbangsa cina tu.
Walau macam mane pon uncle tu tak minta ganti rugi apepon daripada kakak peugeot tu.
Hope kakak tu sedar, and ni pengajaran untuk kite semua okay.. Hormat orang yang lebih dewasa/tua daripada kita. Takkan tak ada rasa kasihan bile tengok orang tua macam tu? Kesian okay kesian.
Antara perkara yang patot kakak tu pertimbangkan:
1. Uncle tu warga emas
2. Uncle tu dah minta maaf dan mengatakan bahawa dia tidak sengaja.
3. Sabar di bulan ramadhan yang mulia ni
4. Kakak tu berbangsa melayu dan beragama islam
5. Kakak tu berhijab dan muda daripada uncle tu.
Kalaulah kakak peugeot pikir semua tu, tak ke die dapat kawal emosi dia masa tu?
Okay tu je pendapat ryn tentang viral ni. sekian
No comments:
Post a Comment